" Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

Search this Blog

Tinggakkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Soalan..

Ade seorang kawan yg sedang bekerja di France tanya pada saya tentang bagaimana nak solat jumaat di tempat kerjanya apabila dia kena travel dari tempat kerjanya ke bandar menaiki bas 30 minit kemudian berjalan kaki 20 minit. Di tempat kerja dia, hanya dia sorang je yg Muslim.

Kesukarannya lagi apabila susah mendapati bas pada waktu tengah hari utk ke bandar tadi (sebab bas hanya ada pada waktu pagi & petang sahaja) dan ade kemungkinan besar boleh tertinggal solat jumaat hanya disebabkan menunggu bas yg tak tentu akan tiba atau tidak.

Saya dah cuba cari tentang perkara ni, tapi tak jumpa dalam archive al-ahkam. Boleh bantu tak?

HambaAllah Yang Memakmurkan

jawapan:

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد



Sembahyang Jumaat adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Dinukilkan ijmak pada kewajipannya. Terdapat hadis-hadis yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang meninggalkannya tanpa uzur syar’ie.

Kesibukan kerja dan iltizam dengan tugasan dunia tidak menjatuhkan kewajipan Jumaat. Kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Al-Khaliq. Dan satu sujud di hadapan Allah dalam solat Jumaat tidak boleh digalang ganti dengan segala kesibukan perkerjaan dunia.

Oleh itu, wajiblah ke atasnya hadir solat Jumaat dan tidak ada rukhsah atas alasan kerja. Walaupun dia terpaksa lewat masuk ke tempat kerja. Kerana waktu solat Jumaat adalah hak Allah yang mesti ditunaikan.

Yang dikecualikan dengan uzur syarak ialah orang-orang yang bertugas dalam sektor2 yang melibatkan kemaslahatan awam, seperti polis trafik, anggota keselamatan, doktor2 kecemasan dan seumpamanya. Apabila tiba gilirannya pada waktu solat Jumaat, maka diuzurkan kerana maslahat umum. (Fatwa Lajnah Daemah 8/189)

Wallahu A’lam.

0 ulasan: