" Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

Search this Blog

Panduan faktor penentu kos pemasangan siling plaster

Faktor penentu kos Pemasangan siling plaster


Kos membina dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-

• Saiz binaan
• Bahan dan kemasan
• Rekabentuk
• Aksesori
• Kos kontraktor

Saiz Binaan

Lebih besar saiz binaan siling anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya Ruang Tamu bersaiz 16 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari Druang tamu bersaiz 10 kaki x 10 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan dan sebagainya.Binaan siling yang ringkas tentulah berharga lebih rendah dari binaan yang besar dan beraksesori penuh.

Bahan & Kemasan

Bahan binaan dan kemasan binaan siling plaster yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti Jenis board yang tebal dan besi yang lebar serta bahan bahan yang dijamin kualitinya.Untuk pemasangan jenis aksesoris yang berwarna,penentuan kos harga terletak pada kualiti warna dan jenis-jenis warna yang di bekalkan.terdapat 3 ke 4 jenis warna yang dibekalkan.

Rekabentuk

Rekabentuk siling plaster adalah berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih secara ringkas tanpa aksesoris,ada juga yang memilih jenis bertingkat dan beraksesoris. Ada yang inginkan siling rumah mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya gabungan dari aksesoris-aksesoris, bentuk yang unik, dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.

Aksesori


Selain dari binaan siling plaster yang asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan siling rumah anda supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar menepati citarasa sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu siling anda dilengkapi cornice, cornice corner,dome, centre panel,beading dan beading corner serta bermacam-macam lagi aksesori.Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan kesiling rumah anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.


Kos kontraktor

Selain dari kos siling plaster itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kos membina siling plaster anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan.

Salam hormat



Daripada pengurus dan warga kerja,

SBD Indah Cipta Enterpise

0 ulasan: