" Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

Search this Blog

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Tinggakkan Solat Jumaat Kerana Kerja

Soalan..

Ade seorang kawan yg sedang bekerja di France tanya pada saya tentang bagaimana nak solat jumaat di tempat kerjanya apabila dia kena travel dari tempat kerjanya ke bandar menaiki bas 30 minit kemudian berjalan kaki 20 minit. Di tempat kerja dia, hanya dia sorang je yg Muslim.

Kesukarannya lagi apabila susah mendapati bas pada waktu tengah hari utk ke bandar tadi (sebab bas hanya ada pada waktu pagi & petang sahaja) dan ade kemungkinan besar boleh tertinggal solat jumaat hanya disebabkan menunggu bas yg tak tentu akan tiba atau tidak.

Saya dah cuba cari tentang perkara ni, tapi tak jumpa dalam archive al-ahkam. Boleh bantu tak?

HambaAllah Yang Memakmurkan

jawapan:

بسم الله

والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد



Sembahyang Jumaat adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Dinukilkan ijmak pada kewajipannya. Terdapat hadis-hadis yang memberi amaran keras kepada sesiapa yang meninggalkannya tanpa uzur syar’ie.

Kesibukan kerja dan iltizam dengan tugasan dunia tidak menjatuhkan kewajipan Jumaat. Kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Al-Khaliq. Dan satu sujud di hadapan Allah dalam solat Jumaat tidak boleh digalang ganti dengan segala kesibukan perkerjaan dunia.

Oleh itu, wajiblah ke atasnya hadir solat Jumaat dan tidak ada rukhsah atas alasan kerja. Walaupun dia terpaksa lewat masuk ke tempat kerja. Kerana waktu solat Jumaat adalah hak Allah yang mesti ditunaikan.

Yang dikecualikan dengan uzur syarak ialah orang-orang yang bertugas dalam sektor2 yang melibatkan kemaslahatan awam, seperti polis trafik, anggota keselamatan, doktor2 kecemasan dan seumpamanya. Apabila tiba gilirannya pada waktu solat Jumaat, maka diuzurkan kerana maslahat umum. (Fatwa Lajnah Daemah 8/189)

Wallahu A’lam.
Bagaimana Untuk Memilih Kontraktor Binaan Yang Boleh Dipercayai?


Sila baca,faham,dan fikir-fikirkan lah......

Salam sejahtera!

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada pengalaman anda dan ramai lagi yang pernah berurusan dengan pelbagai jenis kontraktor binaan, samada melibatkan projek kecil seperti membaiki paip jamban atau longkang sehinggalah projek ubahsuai/pembinaan kediaman yang besar iaitu membina rumah baru dari tanah yang kosong hingga siap untuk diduduki.

Sudah tentu macam2 kerenah kontraktor binaan yang anda pernah temui, jika belum maka saya sekadar termampu akan berkongsi pengalaman dalam memilih kontraktor binaan yang boleh diharap dan tidak akan menge'pau' wang anda!

Disebabkan terdapat pelbagai jenis kontraktor yang menawarkan khidmat dalam pelbagai jenis kerja binaan, maka saya hanya akan berbincang dalam nisbah yang kecil sahaja, iaitu bagaimana untuk memilih kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai. Berikut adalah tips yang selalu saya gunakan untuk 'menapis' kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai;

A ) Mempunyai lesen perniagaan / lesen kontraktor

Pilih kontraktor ubahsuai yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sdn.bhd). Ini membuktikan bahawa mereka sangat serius berniaga dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Pastikan juga kontraktor tersebut mempunyai lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.

B ) Alamat pejabat/urusniaga yang sah

Pastikan kontraktor ubahsuai anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat atau rumah. Sesetengah kontraktor kecil menjadikan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dalam berurusniaga dengan mereka, jika mereka mudah dihubungi melalui telefon/emel dan dikunjungi di alamat pejabat/premis, maka ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur.

C ) Rekod kerja dan profil syarikat


Saya secara peribadi lebih suka memilih kontraktor binaan yang mempunyai rekod kerja yang baik walaupun baru menyiapkan 2 atau 3 projek binaan/ubahsuai yang kecil & sederhana, seperti tambahan/pindaan rumah. Rekod kerja ini dibuktikan dalam dokumen profil syarikat yang boleh anda minta dari mana-mana kontraktor yang jujur. Dalam dokumen profil syarikat akan disenaraikan projek2 yang telah disiapkan berserta gambar sebelum/selepas dan kos projek yang telah disiapkan. Dengan ini anda boleh menilai sendiri hasil kerja mereka.

D ) Menghubungi & melawat tapak projek yang telah siap

Susulan daripada rujukan anda kepada profil syarikat kontraktor tersebut, jika boleh eloklah anda hubungi klien terdahulu kontraktor tersebut dan dapatkan pengesahan. Anda digalakkan melawati tapak binaan yang telah siap untuk melihat kualiti binaan serta bertanya sedikit sebanyak kepada pemilik rumah (yang telah siap diubahsuai) tentang kontraktor binaan yang dilantik.

E ) Sebutharga ubahsuai yang berpatutan (dengan harga bahan binaan semasa)

Dalam hal ini, mana-mana kontraktor akan memberikan sebutharga ubahsuai yang berbeza. Untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai dengan bajet anda, minta kontraktor tersebut menyediakan secara bertulis dan terperinci;

- Sampel bahan & harga bahan tersebut
- Upah pasang / upah kerja bagi setiap skop kerja binaan
- Jangkamasa siap kerja
- Kos kerja yang ditanggung kontraktor (pembuangan sampah sisa binaan dsb)
- Kos tambahan/luaran yang perlu ditanggung pemilik rumah/klien

Merujuk pada sebutharga yang terperinci ini, anda boleh berbincang dengan kontraktor & membuang atau menambah mana2 bahan yang dirasakan perlu dalam ubahsuai rumah anda sehingga anda dapat mencapai bajet ubahsuai yang sesuai dengan kemampuan anda tanpa berkompromi dengan kualiti bahan dan hasil kerja binaan. Kontraktor yang jujur akan memberi penjelasan & maklumat lengkap mengenai jenis/kualiti bahan binaan yang sesuai untuk kegunaan ruang di rumah anda serta harga pasaran bahan binaan dan upah kerja beliau secara terperinci.
Saya yakin jika 5 tips di atas anda ikuti, insyaAllah anda akan dapat memilih kontraktor binaan yang sesuai dengan projek dan bajet anda, samada untuk ubahsuai rumah atau lain2 projek yang lebih besar. Saya mohon maaf kerana tips yang digariskan ini adalah sangat umum hasil dari pengalaman saya yang kerdil, jika anda ada tips tambahan, maka silalah kongsikan bersama-sama saya agar kita dapat manfaatnya bersama.




AWAS! Seboleh-bolehnya anda mesti ELAKKAN kontraktor binaan yang;

- Tiada lesen perniagaan
- Tiada alamat perniagaan/pejabat
- Susah untuk dihubungi
- Tiada rekod kerja & rujukan
- Memberikan sebutharga paling murah giller
- Memberi sehelai kertas sebutharga 'lump sum' tanpa perincian skop kerja/bahan binaan
- Banyak berjanji dan mengaku boleh buat semua (kontraktor yg jujur akan mengakui bahawa ada skop    kerja tertentu yang akan di'sub-con' kepada kontraktor lain)
- Mengaku gerenti siap dalam tempoh singkat
- Tidak mahu menyediakan perjanjian bertulis lengkap, hanya sediakan satu surat ringkas & terus sain & ambil deposit

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya kongsikan, tapi cukuplah sekadar ini dahulu.bolehkah lantik kontraktor warga asing untuk ubahsuai rumah - sebab sebutharga mereka murah & hasil kerja bagus????





”Kebolehan dan pengalaman kami dalam bidang ini membolehkan kami menawarkan harga dan pakej yang menarik mengikut keperluan dan bajet anda”

Panduan faktor penentu kos pemasangan siling plaster

Faktor penentu kos Pemasangan siling plaster


Kos membina dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:-

• Saiz binaan
• Bahan dan kemasan
• Rekabentuk
• Aksesori
• Kos kontraktor

Saiz Binaan

Lebih besar saiz binaan siling anda tentulah lebih besar juga kos membinanya. Misalnya Ruang Tamu bersaiz 16 kaki x 10 kaki tentulah secara lateralnya akan lebih mahal dari Druang tamu bersaiz 10 kaki x 10 kaki. Ini kerana penggunaan bahan, buruh dan jangkamasa berkadar terus dengan peningkatan saiz binaan. Begitu juga dengan kos-kos lain. Misalnya kos pengangkutan dan sebagainya.Binaan siling yang ringkas tentulah berharga lebih rendah dari binaan yang besar dan beraksesori penuh.

Bahan & Kemasan

Bahan binaan dan kemasan binaan siling plaster yang dipilih juga memainkan peranan dalam menentukan kos. Bagaimanapun harga akan meningkat apabila menggunakan bahan dan kemasan yang lebih kukuh dan berkualiti seperti Jenis board yang tebal dan besi yang lebar serta bahan bahan yang dijamin kualitinya.Untuk pemasangan jenis aksesoris yang berwarna,penentuan kos harga terletak pada kualiti warna dan jenis-jenis warna yang di bekalkan.terdapat 3 ke 4 jenis warna yang dibekalkan.

Rekabentuk

Rekabentuk siling plaster adalah berbeza-beza mengikut keperluan dan citarasa seseorang. Ada yang memilih secara ringkas tanpa aksesoris,ada juga yang memilih jenis bertingkat dan beraksesoris. Ada yang inginkan siling rumah mereka direka dengan ciri-ciri tertentu, misalnya gabungan dari aksesoris-aksesoris, bentuk yang unik, dan sebagainya. Jika rumit rekabentuk yang dicipta maka tentu lebih mahal kos membinanya.

Aksesori


Selain dari binaan siling plaster yang asas, anda juga perlu memikirkan tentang aksesori-aksesori yang diperlukan bagi melengkapkan siling rumah anda supaya ia menjadi lebih praktikal dan benar-benar menepati citarasa sebagaimana yang diharapkan. Anda mungkin mahu siling anda dilengkapi cornice, cornice corner,dome, centre panel,beading dan beading corner serta bermacam-macam lagi aksesori.Semakin banyak aksesori yang anda aplikasikan kesiling rumah anda, maka semakin besarlah belanja yang perlu dikeluarkan.


Kos kontraktor

Selain dari kos siling plaster itu sendiri, anda juga perlu melihat kos-kos yang ditanggung pihak kontraktor. Misalnya kos overhead, kos buruh, kos pengangkutan, servis lepas jualan dan sebagainya. Kontraktor yang mempunyai overhead perniagaan yang besar dan berjenama mungkin akan memberi sebutharga yang sesuai dengan kedudukannya. Tukang atau buruh yang berkemahiran tinggi perlu dibayar lebih mahal dari mereka yang kurang berkemahiran. Jarak yang jauh juga akan menyebabkan kos pengangkutan meningkat. Bagi kontraktor yang memberi jaminan atau servis lepas jualan sejumlah peruntukan perlu disediakan untuk tujuan berkenaan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, kos membina siling plaster anda bukan saja tidak akan sama dari rumah ke rumah tetapi dari kontraktor ke kontraktor kerana faktor-faktor yang disebutkan di atas. Ada sebab kenapa sesuatu itu mahal atau murah. Pada dasarnya tidak ada siapa yang akan menjual murah barang mahal dan tidak ada siapa akan membeli mahal barang murah. Secara universalnya kualiti dan harga sentiasa seiringan.

Salam hormat



Daripada pengurus dan warga kerja,

SBD Indah Cipta Enterpise

Projek Banglo di kg.Olak Lempit Banting

Ruang Tamu Kediaman Pn.Rabeta Tmn.Mawar Sg.Lang Banting