" Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

Search this Blog

Profile Syarikat

Syarikat SBD INDAH CIPTA ENTERPRISE adalah syarikat 100% bumiputera yang telah ditubuhkan serta didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada  18.Julai.2007 dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor pendaftaran (001699270-D).
Jenis perniagaan yang telah didaftarkan ialah:

  1.  Kontraktor landskap dan pengindahan kawasan.
  2.  Ubahsuai, Khidmat Hiasan Dalaman.
  3.  Pembersihan Kawasan.
  4.  Khidmat Cucian Bangunan.
  5.  Kontraktor Siling Lepa, Kontraktor Binaan.
  6.  Perkhidmatan Memotong Rumput.
  7.  Pembekal alatulis dan peralatan pejabat.
  8.  Pembekal perabot pejabat.
  9.  Pembekal alatan elektrik pejabat.
  10.  Pembekal pakaian dan kelengkapan.
  11.  Pembekal alatan sukan.
  12.  Membekal tanaman/benih semaian.
  13.  Sewa dan pengurusan ladang dan taman.
  14.  Perkhidmatan mengangkat sampah.
  15.  Membersih kolam renang.

Syarikat ini juga telah didaftarkan dengan kementerian Kewangan Malaysia dengan nombor pendaftaran (357-02114915) dalam bidang bekalan dan perkhidmatan.

Kod bidang yang telah didaftarkan
  1. 140100-Bahan Binaan
  2. 220401-Mencuci bangunan
  3. 220402-Membersih kawasan
  4. 220801-Hiasan dalaman
  5. 220802-Bangunan
  6. 220803-Hiasan jalan/kawasan
  7. 020101-Perabut
  8. 020201-Mesin-mesin pejabat
  9. 010201-Alatulis (Tidak termasukborang/kertas computer)
  10. 050200-Pakaian dan kelengkapan

Tumpuan utama perniagaan kami adalah kerja-kerja memasang,membekal dan menjual plaster siling.Syarikat kami juga buat pertama kalinya pernah di anugerahkan kerja-kerja pembersihan di jabatan kerajaan,iaitu di Jabatan Pendaftaran Negara dearah Kuala Langat.Walaupun projek tersebut dalam kapasiti yang kecil,pihak syarikat menggambil kesempatan yang ada sebagai suatu penggalaman yang amat berguna untuk syarikat amnya.Selain itu syarikat ini juga pernah menjadi pembekal alatulis kepada pejabat MARA daerah Kuala Langat.Syarikat ini juga berbesar hati pernah menerima dan melatih seorang bakal usahawan dari INSKEN bagi kerja-kerja menjual ,membekal dan pemasangan Siling plaster.

Penubuhan syarikat ini adalah sejajar dengan hasrat dan seruan kerajaan untuk melahirkan usahawan bumiputra yang berwawasan,berani serta mampu untuk berdaya bersaing dengan kontraktor-kontraktor bukan bumiputra yang lain.Dengan ini Kepuasan pelanggan adalah matlamat kami,keselamatan dan kualiti adalah wawasan utama kami,untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami tanpa sebarang aduan atau kelemahan kepada kualiti perkhidmatan yang kami berikan.Dengan tertubuhnya syarikat ini adalah menjadi keutamaan dan wawasan kami untuk menyediakan satu perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelanggan-pelanggan kami.

Kami juga dibekalkan dengan tenaga kerja yang mahir dan cekap dalam mengendalikan setiap lapangan bidang kerja mereka. Bagi kami kepuasan pelanggan adalah yang paling utama dalam menjalin hubungan perniagaan yang berterusan. Kami berharap syarikat ini akan terus berkembang maju dan terus utuh dalam menghadapi hari-hari berikutnya.



Terima kasih Daripada:

Sahrin B.Dol
Pengurus SBD INDAH CIPTA ENTERPRISE